THIRD EXPERT MEETING OF THE WORKING GROUP ON POLICY AND LEGAL FRAMEWORK OF GEOSPATIAL INFORMATION MANAGEMENT DI RIYADH, SAUDI ARABIA | 7-9 Oktober 2025
YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan, Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, bersama-sama YBrs. LSr Haji Mohamad Azmar Bin Che Mat Ahli Lembaga, Lembaga Jurutanah Malaysia dan YBrs. LSr Mohd Riduan bin Mohamad @ Idris, Timbalan Setiausaha, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia telah mewakili Malaysia ke Mesyuarat Third Expert Meeting of the Working Group on Policy and Legal Framework of Geospatial Information Management yang berlangsung di General Authority for Survey and Geospatial Information (GEOSA), Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia dari 7 hingga 9 Oktober 2025.
Dalam mesyuarat tersebut, YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan membentangkan inisiatif Malaysia dalam memelihara dan memperkukuh profesion ukur melalui pindaan Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) yang telah diwartakan pada pada 22 Oktober 2024 dan turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam penyediaan standard kebangsaan berasaskan kepada ISO/TC 211 Geographic Information/Geomatics, yang kemudiannya diterjemahkan kepada Standard Malaysia untuk diguna pakai oleh agensi-agensi berkaitan di seluruh negara.
YBhg. Dr. Eng. Mohammed bin Yahya Alsayel, Presiden GEOSA, turut menjemput YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan bersama delegasi Malaysia ke ibu pejabat GEOSA bagi membincangkan kerjasama dua hala dan perancangan strategik antara Malaysia dan Arab Saudi dalam bidang pembangunan serta pengurusan data geospatial. YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan turut mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama YBhg Dato’ Syed Mohamad Bakri, Duta Malaysia di Arab Saudi membincangkan peluang kerjasama yang akan diadakan antara JUPEM, LJT dan GEOSA dalam bidang geomatik dan geospatial.
14th PLENARY MEETING OF THE UNITED NATIONS COMMITTEE OF EXPERTS ON GLOBAL GEOSPATIAL INFORMATION MANAGEMENT FOR ASIA AND THE PACIFIC (UN-GGIM-AP) DI GOYANG, KOREA SELATAN | 24-26 SEPTEMBER 2025
YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan, Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia telah mewakili Malaysia bagi Mesyuarat Plenary Meeting of the United Nations Committee of Experts on Global Geospatial Information Management for Asia and the Pacific (UN-GGIM-AP) yang ke-14 anjuran National Geographic Information Institute (NGII), Korea Selatan dari 24 hingga 26 September 2025.
Pada Mesyuarat kali ini, YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan telah membentangkan kertas kerja berbertajuk ‘UN-IGIF in Malaysia: Balance Ambition and Reality’ disamping berkongsi idea dan pengalaman Malaysia dalam pengurusan data geospatia negara.
Mesyuarat Plenary Meeting of the United Nations Committee of Experts on Global Geospatial Information Management for Asia and the Pacific (UN-GGIM-AP) yang ke-14 juga turut mengadakan pemilihan baharu untuk Lembaga Eksekutif UN-GGIM-AP bagi penggal 2025–2028 dan YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan telah dipilih semula sebagai Ahli Lembaga Eksekutif bagi sesi 2025 hingga 2028.
40TH JOINT MEETING OF THE LAND SURVEYORS BOARD | 29 - 30 JULAI 2025
Delegasi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia telah menghadiri ke 40th Joint Meeting of Land Surveyors Boards yang dianjurkan oleh Land Surveyors Board Brunei Darussalam pada 29 Julai 2025 hingga 30 Julai 2025 bertempat di Hotel Radisson, Brunei Darussalam.
Delegasi tersebut dihadiri barisan Ahli Lembaga, Lembaga Jurukur Tanah, YBhg. Dato' LSr Haji Mohd Mazlan Bin Suleiman, YBrs. LSr Mohamad Azmar Bin Che Mat, dan YBrs. LSr Che Zamrey Bin Mohd Hashim bersama-sama dengan YBrs.Sr Mohd Riza Bin Halim, Setiausaha Lembaga dan YBrs. LSr Mohd Riduan bin Mohamad @ Idris, Timbalan Setiausaha, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia
Mesyuarat ini juga disertai oleh delegasi dari Sabah Surveyors Board, Land Surveyors Board Sarawak, dan juga Land Surveyors Board Singapore.
MESYUARAT JAWATANKUASA PROTEM PENUBUHAN JAWATANKUASA BERSAMA TRIPARTITE 2025
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Protem Penubuhan Jawatankuasa Bersama Tripartite (JBT) antara Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, Lembaga Juruukur Sabah dan Lembaga Jurukur Tanah Sarawak pada 24 Julai 2025 di Pavilion Hotel Kuala Lumpur by Banyan Tree.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga, YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan, Timbalan Pengerusi Lembaga, YBrs. LSr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob serta YBrs. LSr Mohamad Azmar bin Che Mat, YBhg. Dato’ LSr Haji Mohd Mazlan bin Suleiman, YBrs. LSr Haji Che Zamrey bin Mohd Hashim, YBrs. LSr Haji Zulnizam bin Babjan selaku Ahli Lembaga; LSr Mohd Riza bin Halim, Setiausaha Lembaga dan LSr Mohd Riduan bin Mohamad@Idris, Timbalan Setiausaha Lembaga.
Delegasi Lembaga Juruukur Sabah telah dihadiri seramai sembilan (9) orang iaitu Pengerusi Lembaga, YBhg. Datuk LSr Bernard Liew Chau Min bersama dengan barisan Ahli Lembaga, Haji Awang Fauzi bin Haji Awang Tahir, Sr Saat bin Haji Durasit, Dr. William Belton Moinin, LSr Simon Chung Chee Kong; Setiausaha Lembaga, S. Dzulkarnain S. Abdillah dan pegawai pengiring.
Manakala delegasi Lembaga Jurukur Tanah Sarawak pula telah dihadiri seramai lapan (8) orang iaitu Pengerusi Lembaga, YBrs. Tuan Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Timbalan Pengerusi Lembaga, Sr Jawan Anak Tumba, barisan Ahli Lembaga, Sr Kudie Anak Sandak, YBhg. Datu Sr Sudarsono Osman, Sr Tuan Haji Sulaiman bin Salleh, Sr Jonathan Ngu Liew Ing, Sr John Cheu Teck Hook serta Setiausaha Lembaga, Sr Wee Ah Beng.
Sesi mesyuarat tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara pihak Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, Lembaga Juruukur Sabah dan Lembaga Jurukur Tanah Sarawak.
ASEAN COMPETENT AUTHORITY COMMITTEE ON SURVEYING (ACACS) WORKSHOP | 28 – 29 APRIL 2025
ASEAN Competent Authority Committee on Surveying (ACACS) Workshop 2025 telah diadakan pada 28 hingga 29 April 2025 bertempat di Le Méridien Putrajaya. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBrs. LSr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan dihadiri oleh wakil daripada 10 negara ASEAN. YBrs. LSr Dr Noordin bin Ahmad dan YBrs. LSr Mohd Riduan bin Mohamad @ Idris, Timbalan Setiausaha Lembaga merupakan perwakilan yang mewakili Malaysia dalam sesi bengkel tersebut.
Sesi bengkel ini turut dihadiri oleh YBrs. LSr Che Zamrey Bin Mohd Hashim, Ahli Lembaga, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia
PENGLIBATAN LJT DI SEMINAR TEKNOLOGI TERKINI DALAM KEJURUTERAAN UKUR | 27 FEBRUARI 2025
Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan, dijemput khas untuk memberi perkongsian ilmu "Tranformasi Kejuruteraan Ukur Melalui Teknologi Industrial Revolution 4.0" dalam Seminar Teknologi Dalam Kejuruteraan Ukur di Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam Selangor pada 27 Februari 2025.
Seminar ini dihadiri oleh pelbagai pelajar dari Politeknik-politeknik dan Intitusi Pengajian Tinggi Awam yang berkaitan dalam bidang Ukur Kejuruteraan. Program ini turut disajikan pameran booth dari pelbagai agensi yang berkaitan dalam usaha mempromosikan bidang dan teknologi pengukuran di Malaysia.
Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), YBrs. TS. Zainah binti Rujihan turut hadir bersama pegawai-pegawai dari PSA, manakala LJT turut dihadiri, YBrs. LSr Mohamad Azmar bin Che Mat, Ahli Lembaga, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, YBrs. LSr Mohd Riduan bin Mohamad @ Idris, Timbalan Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Malaysia.
Dalam program ini juga, Sesi Penyerahan Alat Ukur telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).
11th ASEAN Competent Authority Committee on Surveying (ACACS) Meeting 2025 telah diadakan pada 12 Februari 2025 bertempat di G Hotel Gurney, Pulau Pinang. Sesi meja bulat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. LSr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan dihadiri oleh wakil daripada 10 negara ASEAN. YBrs. LSr Dr Noordin bin Ahmad dan YBrs. LSr Mohd Riduan bin Mohamad @ Idris, Timbalan Setiausaha Lembaga merupakan perwakilan yang mewakili Malaysia dalam sesi mesyuarat tersebut.
Sesi mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. LSr Che Zamrey Bin Mohd Hashim, Ahli Lembaga, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan Sr Jonathan Ngu Liew Ing, Ahli Lembaga, Lembaga Jurukur Tanah Sarawak.
‘Roundtable Discussion of ASEAN Competent Authority Committee on Surveying (ACACS)’ telah diadakan pada 11 Februari 2025 bertempat di G Hotel Gurney, Pulau Pinang. Sesi meja bulat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. LSr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan dihadiri oleh wakil daripada 10 negara ASEAN.YBrs. LSr Dr Noordin bin Ahmad dan YBrs. LSr Mohd Riduan bin Mohamad @ Idris, Timbalan Setiausaha Lembaga merupakan perwakilan yang mewakili Malaysia dalam sesi meja bulat tersebut.
Sesi meja bulat ini membincangkan beberapa perkara penting berkaitan dengan pelaksanaan Mutual Recognition Arrangement on Surveying oleh negara-negara ASEAN terutamanya berkaitan dengan pelan kerja bagi tempoh 2025-2026 serta cadangan pindaan Mutual Recognition Arrangement dan Assessment Statement oleh Malaysia.
Sesi meja bulat ini turut dihadiri oleh YBrs. LSr Che Zamrey Bin Mohd Hashim, Ahli Lembaga, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan Sr Jonathan Ngu Liew Ing, Ahli Lembaga, Lembaga Jurukur Tanah Sarawak.